All jokes & trademarks are COPYRIGHT FOREVER LaWaK2 Best! . If you feel like wanna copy the jokes, please put a linkback to us.
Photobucket Welcome to LaWaK2 Best!

Wednesday, June 11, 2008

Made In Japan ... Very Good !!!

A Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took a
Proton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within the speed
limit but the Jap was getting impatient.

The following is their conversation on the way to the airport.

A Toyota Camry overtook the taxi ..... zoom ....

Jap : "Look .....look ... Toyota !! .....very fast!!!.... made in Japan !
Proton...no good.... made in Malaysia ."

Driver : "yah ......"

After a few minutes a Nissan overtook the taxi .... zoom.

Jap : "look ...... look .... Nissan !!! ..... very good!! very fast ! made
in Japan ! Proton.... no good.... made in Malaysia ."

Driver : "yah ......yah ..."

After a few minutes a Honda overtook the taxi ...zooom. !

Jap : "look ...... look ... Honda !!.... very GOOD !!.... very fast
!!....made in Japan ! Proton...no good...made in Malaysia"

Driver : "yah .....yah ...yah ....!"

Arriving at the airport. Jap going to pay the taxi driver.

Jap : "How much ?"

Driver : "RM150/-"

Jap : "Oh .... very expensive ..... you overcharge !!"

Driver : "Noooo ...... look .... look .... Sony meter !!....very good
!! .....very fast ! ...... Made in Japan ."
Tuesday, June 3, 2008

Filem / Drama Melayu, Cina, dan India

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

* Cinta.
* Cinta 3 segi.
* Cinta 4 segi.
* Anak-anak rebut harta pusaka.
* Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa baku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Yang benar,

Ah yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).

Talkin Orang Asli ??? Betul ke ni???

Di sebuah kampung di pinggir hutan.. adalah seorang pakcik.. pakcik ni ada kenalan dengan orang2 asli di hutan tersebut. pada suatu hari pakcik ini serta beberapa orang melayu kampung masuk ke hutan untuk berjumpa dengan orang2 asli atas tujuan mendapatkan barang2 hutan untuk diniagakan.

sampai di kampung orang asli tersebut.. ada berlaku kematian seorang pemuda bernama ajis (bukan islam) .. maka berlakulah proses untuk menyemadikan mayat tersebut.. setelah ditanam mayat itu tuk batin pun memulakan bacaan talkin versi orang asli.. mungkin diciplak dari talkin orang islam..

begini bunyinya: "hai ajis mati juga kau ajis.. nanti akan datang dua orang besar.. bertanya soalan.. maka hendaklah kau ajis jawab dengan baik.. kerana mereka tidak tahu perkara yang tidak baik. bila orang besar itu pukul engkau sebelah kanan maka kau elaklah ke sebelah kiri jika orang besar itu pukul engkau sebelah kiri maka elaklah sebelah kanan jika orang besar itu pukul engkau dari sebelah atas kau elaklah ke sebelah bawah jika dia orang pukul dari sebelah bawah pandai-pandailah kau ajis..

merah padamlah muka orang2 kampung yang kat situ menahan ketawa.. seorang asli bertanya kenapa? sedihhhh.. jawab seorang orang kampung.

SIM Card yg ada banyak kredit

Di laman sebuah rumah, ada dua beranak sedang melepak di bangku panjang.
Abah : Man, belikan abah kad topup. Habis kredit pulak.
Man : Eh, kan semalam abah baru topup. Takkan sekejap saja dah habis.
Abah : Semalam abah topup 5 ringgit je.
Man : Ngapa abah tak beli yang mahal terus? Tak payahlah topup banyak kali.
Abah : Kali ni Man beli yang mahal pulak, biar banyak kredit.
Man : Tapi pekan jauhlah abah. Nak pergi tengah-tengah hari ni panas sangat.
(Man cuba mengelat sambil meneduhkan air muka)
Abah : Bolehlah, abah ada hal penting nak call ni.
Man : Ok, abah jangan bimbang. Imi akan dapatkan kredit paling banyak.
(Man pun bangun lalu segera naik ke rumah. Lima minit kemudian dia berlari turun.)
Man : Ok, abah pakai kad SIM ni.
(sambil termengah-mengah Man memberikan abahnya satu kad SIM lain)
Abah : Kad SIM apa ni man? Expek ke?
Man : Bukan. Expek kredit sikit. Yang ni ada kredit banyak. RM6500.
Abah : Mak ai, biar betul. Mana ada orang topup sampai banyak tu. Jangan nak tipu abah.
Man : Betul abah, kad SIM ni tak payah topup. Memang dah ada kredit dalamnya.
Abah : Iye-ye je engkau. Mana kau dapat ni?
Man : Dalam dompet abahlah.
Abah : Jangan nak kelentong. Abah tak pernah beli kad SIM lain. Cakap betul-betul, kamu curi ye?
Man : Taklah abah, sungguh. Tadi SIM kad ni besar. Man potonglah sampai kecik, nanti senang nak masuk dalam handphone.
Abah : Hah?.........
(si abah pun membelek-belek kad SIM itu sambil mengerutkan dahi, hairan amat sangat.)
Abah : Aik, rasa macam aku kenal pulak, cip dia pun macam familiar saja, tapi kat mana ye?
Man : Memanglah abah kenal. Kan abah punya kad SIM tu. Dulu abah juga bagi tau dalam kad tu ada kredit RM6500.
Abah : RM6500? Ya Allah! Kad kredit aku.......(jerit si abah lalu tergolek pengsan)

Minam

Ali tinggal di sebuah kampung di pendalaman Negeri Sembilan. Suatu hari Ali telah ke Bandar Seremban untuk membeli barang keperluan perkahwinannya.

Setelah puas membeli belah Ali pun mencari warong atau kedai makan untuk dia menghilangkan dahaga. Puas mencari akhirnya jumpalah sebuah warong mamak.Semasa itu terdapat beberapa orang pelanggan sedang makan.

Mamak..Selamat petang encik...mau makan apa?

Ali.........Tak polah. Ese tak nak makan...ese nak minam milo beng.

Mamak...Wokeh siap...

Sambil menunggu minumannya sampai...Ali membaca akhbar...tidak beberapa lama kemudian minuman yang diodernya sampai....

Mamak..Wokeh encik...jumput makan..

Ali........Laaa apo lak banyak na ni???? ese mintak milo beng aja..

Mamak..Tadii encik kan mintak mee enam dan milo beng...

Ali.......Mano lak..ese cakap tak nak makan...nak minam aja...

Mamak..??????...(bengang)

(minam adalah bahasa Negeri Sembilan maksudnya MINUM)

Padah Menipu ...

PADAH MENIPU ...

seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil.apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis. "Buang dulu bayar kemudian"

semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

BUANG AIR KECIL : 50 SEN

BUANG AIR BESAR : 30 SEN

Alangkah terkejutnya mamat ni.Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan diapun keluar la untuk membayar yuran tandas tersebut. Makcik penjaga tandas pun tanya la dia..

"Adik kencing ke buang air besar?" untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la "Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen"

Makcik tu cakap tak cukup. "Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kami pasti buang air kecil sekali.." maka mamat ni pun dengan bengangnyer mambayar 80 sen kepada makcik itu...kuangkuangkuang.
Monday, June 2, 2008
The poor guy walks up to the rich guy's house. He's down on his luck and needs some money. He rings the doorbell. "Hi there, I'm down on my luck, need some money, and I was wondering if you have any work I could do for you?" The rich Guy decides to give him a break, and says: "Sure, my porch needs painting. I'll pay you 50 dollars to do it for me." "Sure thing, Mister, I'll get started right away!" Time passes, until... "Hey Mister, I'm all done painting!" "Well, here's your 50 dollars" "Thanks, and by the way, it's a Ferrari, not a Porsche."

Namaku "Aisyah"

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang
sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya
ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang
yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku kamal.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

Kedai piza yang terlampau canggih

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat dtg ke
dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya
bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan
seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan
Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :
anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah
tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul
"Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg
saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang
berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public
Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash
kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama
dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai
pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun
2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod
org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah
lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab
bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2
botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga
mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang
komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada
website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi
Pizza Hot....

Kisah Johan yg tak logik

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. (gambar - hiasan semata-mata)

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.

Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Side A & Side B

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

didalam kes berlakunye astrok, sila baca petikan dibawah..

Langgar lampu merah...

Seorang mat motor telah ditahan setelah melanggar lampu isyarat merah. Sebelum polis menyamannya, dia bertanya kepada mat motor tersebut, "Kenapa kamu tidak berhenti ketika lampu merah menyala? Kamu tidak nampak ke?"


"Saya nampak (lampu sedang merah), encik," jawabnya perlahan.

"Habis tu, kenapa kamu tidak berhenti?" tanya polis tersebut lagi yang tidak berpuas hati.

"Saya tidak nampak encik. Kalau saya nampak encik di situ, saya pasti tidak akan melanggar lampu merah." jawabnya.


MORAL: Jangan hanya di depan penguatkuasa baru mahu patuhi undang-undang..

Minah yang perasan ...

name aku Minah
aku ade balak
name balak aku Mat
kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan


tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye

lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa
tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku
paling suka
lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi
tak lama lpas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot
tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die 'go down on one knee'
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu
avril
"i want to see you go down on one knee..marry
Me today..."
Mat memanggil nameku..
"Minah..."
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam....
aku terpaku di situ...
perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami
bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku...?
tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di
pipi
Mat masih tunduk...
die memanggil namaku lagi skali
"Minah..."
dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke
arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara...
"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile
ape??
Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat
tali kasut nih..cepat laaa..panas
nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih..."

Dan aku pon meraung bagai nak gile
malunye aku
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

Ciri2 Netter sejati

Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:
1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !
2. Loceng di rumah anda tercatat "Click Here to continue"
3. Pintu bilik mandi anda tercatat "This site contains Adult Material, please verify your age"
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. "Unable to locate your server !," kata anda ketika menerima salah panggilan.
8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
11. Anda menonton filem "The Net" .... 63 kali.
12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang "UNDO".
13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
14. Anda memberi nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@...
16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 5.5 or higher."
17. Anda akan mengakses http://www.xxx.com bila tengah bosan dengan pasangan anda.
18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata "request time out !!!"
19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
20. Anda yang membaca citer ini sampai habis.

Kisah penjual vakuum

seorang penjual vakuum datang ke sebuah rumah untuk membuat promosi dan demonstrasi vakuum....

penjual:saya akan menabur sampah- sarap di atas karpet ini...saya sanggup memakannya jika vakuum ini tidak dapat menyedutnya......(menabur sampah di atas karpet)

pelanggan:tunggu sebentar ya, saya pergi ambil pinggan dan garpu....

penjual:kenapeee????

pelanggan:utk memudahkan awak memakannya....kami terputus bekalan eletrik sejak semalam...

penjual:@#$%&.....

Jangan menyampuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Dialog dua hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...."

Anak yang nakal

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Tak pasal2 masuk penjara ...

Satu malam tu, kawan perempuan ini, dia baru sahaja balik dari party, tak tahu berapa gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk. Semasa dalam perjalanan balik, dia ditahan oleh polis dan diminta lesen memandu. Pada masa itu, tiba-tiba berlaku satu kemalangan di seberang jalan, agak major jugalah kemalangan itu jadi polis pun bergegas ke tempat kejadian kemalangan. Perempuan ini pula dah takut dan tak tahu nak buat macam mana, lalu dia pun lari balik ke kereta dan meneju terus ke rumah di Klang.

Pada keesokan pagi, polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PERGI MANA SEMALAM?" Perempuan ini pula jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." Polis itu tanya sekali lagi, "BETUL KER???" Perempuan ini jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PERGI MANA2, TANYALAH DENGAN HOUSEMATE SAYA." Polis itu pun kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP" Lepas itu polis itu tunjuk, "HA!!! ITU KERETA SIAPA??" Perempuan itu macam nak pengsan sebab dia dah terbawa kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama - warna putih (wira). Cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun

Nak tipu pun agak2 laa ...

Inilah al-kisahnya...

Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya...
Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah lembut...

Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2,bagaikan nak terkeluar stereng kereta dihempap2nya..

Suami: hish,marah betul aku! diorang ni,kalau nak betulkan jalanpun,buat la waktu lain,ini tak...masa ni jugak terhegeh2 nak buat!
Isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai orang kat depan tu,accident kot..
Suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan! mana tahu hal2 macam ni! oooo,accident ye??

Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

Isteri: eh,abang! nak ke mana tu?
Suami:kau jangan banyak tanya!duduk aja dalam keta ni,aku taula apa nak buat!

Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari situ...tiba2,si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...

Suami: TEPI..TEPI...AKU ABANG DIA! AKU ABANG DIAAAA..!

Mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang beri laluan kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi jugak taktik aku'.

Apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak bernyawa... mana tidaknya,'adiknya' itu SEEKOR MONYET!

Proctology Test

A few days before his proctological exam, a one eyed man accidentally
swallowed his glass eye. He was worried for a while, but there were no
ill effects, so he forgot about it.
Once he was in the doctor's office, the man followed instructions,
undressed, and bent over. The first thing the proctologist saw when he
looked up the man's arse was that eye staring right back at him.
"You know, " said the doctor, "you really have to learn to trust me."

Jangan silap hantar e-mel

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang, Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Apa daa ...

Pertandingan ZORRO, ROBIN HOOD, ORANG ASLI ...

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan eksennya jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

Cucur Udang

Ali bengang giler bile dia dapati
cucur udang yg dibeli x de sekor
udang pun kat dlm nye .. lalu dia pun
pi balik ke gerai makcik jual
kuih tu..


Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg
jual tu..."makcik apsal cucur
udang ni sekor udang pun x de?!"

Makcik yg jual tu pn dgn selambernye
menjawab "abih tu yg ko beli
cucur badak ada x badak kat dlmnya?!
Camne plak dgn cucur kodok,
ade x kodok yg melompat kat ko?!

Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jawapan
yg diberi makcik tadi....

Edisi Lawak bahasa rojak

...ade satu citer nie....

satu mat salleh dan 3 negro nie....
mereka memang ngam dari dulu..tetapi biasa la nigger kan ade style cakap dia tu..

so mat salleh ni buat lawak kat diaorg..


""...ok ,ok, there's a man in the restaurant waiting for the soup,
then the soup came....
suddenly the man ask the waiter :-

The Man : Hey can u plz taste the soup?
Waiter : What's the matter, is the soup taste not very nice?
The Man : No, you just taste the soup..
Waiter : Why,is it very hot?
The Man : Goddammit!!! Plz taste the soup..!!!!!!
Waiter : Alright!! Alright!!! But where is the SPOON...!!!!!


AHA.........AHA.....AHA.....(dgn nada tergelak2)

3 negro tu diam je tak gelak...dia sorang je gelak.....lalu di ckp "You don't know any funny...you *#$#@#%*&^



ehhehehe...aku pun mula2 tak paham gak.. tp bg aku klaka mat salleh tu ckp " Aha..Aha.."

Brilliant Mother

Mom comes to visit her son Kumar for dinner.....who lives with a girl
roommate Sunita. During the course of the meal, his mother couldn't help but notice how pretty Kumar's roommate was.She had long been
suspicious of a relationship between the two, and this had only made her
more curious.Over the course of the evening, while watching the two interact, she started to wonder if there was more between Kumar and his roommate than met the eye.

Reading his mom's thoughts, Kumar volunteered, "I know what you must be
thinking, but I assure you, Sunita and I are just roommates." About a
week later, Sunita came to Kumar saying, "Ever since your mother came to
dinner, I've been unable to find the silver plate. You don't suppose
she took it, do you?"Kumar said ,"Well, I doubt it, but I'll e mail her,
just to be sure."
So he sat down and wrote :

Dear Mother:
I'm not saying that you 'did' take the silver plate from my house,
I'm not saying that you 'did not' take the silver plate.. But the fact
remains that it has been missing ever since you were here for dinner.
Love, Kumar
.
.
.
Several days later, Kumar received an email from his Mother which read

Dear Son:
I'm not saying that you 'do' sleep with Sunita, and I'm not saying that
you 'do not' sleep with Sunita. But the fact remains that if she was
sleeping in her OWN bed, she would have found the silver plate by now
under the pillow...

Love,Mom.

Lesson of the day:


Never ever Lie to Your Mother .........

SMS

Dulu I tuLIs Nama U di tepI panTai,
Ombak Membawa Ia PErGI...

DuLu I TulIS NAma U atas PAsir,
AngIn Membawa ia PerGi...

SeKaraNG ITuLis NAma U Di SeMua Kaki LiMa ...

Ciss..PoLIs Bawa I pergI....



************************************************** ********


Ade kasih mungkin tersisih,
Ade rindu mungkin terganggu,
Ade sayang mungkin terbuang,
Ade cinta mungkin derita,
Ade hati mungkin mati,
TAPI...kalau ade DAKI....
elok lerrr...pegi mandi...
hehhehe....


************************************************** ********


Anak cina bila ditanya...

Datuk apa nama?
QUAT KEN CHING

Mama?
QUAT LEY TEY

Bapa?
QUAT BIE SING

Abang?
QUAT RAY SING

Adik?
QUAT LEY PAK

Yang Baca SMS nie??
QUAT BHER RAKK!!!!



************************************************** ********


masa bercinta!
mrh pun manis!

baru kahwin!
lagilah manis!

dpt baby!
pengalaman manis

bila tua,yg ada cuma...

KENCING MANIS!....



************************************************** ********


Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya2,
BENARKAH ini?

nafasku terthenti,
kau tunduk SEGAN..
lalu ku
bertanya,

"Kau..Kentutkan?"
hehe

Cara menjawab telefon yg sebenar

PENTING..... TAHUKAH SELAMA INI ANDA BANYAK MEMBUAT SALAH DLM HIDUP ANDA . SEMUA PERLU TAHU INFO INI .
SEBAGAI CTH CARA ANDA MENJAWAP TELEFON , BERIKUT CARA YG BETUL JAWAP TELEFON OLEH PAKAR2.

1.soalan: haloo.may i speak to wan please?
jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6.soalan: haloo wan,buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan wan ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye. .. .time kacih.

8.soalan: haloo.tolong panggilkan wan. saya nak bercakap dengannye.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.

12.soalan: assalammualaikum. ..
jawapan: waalaikummussalam. .(tupp!.. terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Wasiat seorang dukun

Alkisah... .maka hendakdijadikan cerita,di sebuah kampung yang bernama Talam Bertangkup terdapat seorang Dukun(pawang,bomoh etc.)bernama Pak Akobyang sangat kaya raya.dia hidup dengan hasil menyembuhkan penyakit dan menghasilkan penyakit... dia bukanlah orang yang baik... .tetapi penduduk kampung tidak mengetahui perbuatannya yangtidak bermoral itu..hartanya dianggarkan berjumlah $USD 33 BILLION.kiraan majalah FORBES..beliau menduduki tempat pertama cartadukun-dukun bawah umur 70 tahun yang terkayadi dunia.melebihi harta ketua kampung itu sendiri..hasil kekayaan Pak Akob niesebenarnya adalah daripada penat lelah seekor TOYOL belaan beliau..beliau membela toyol,hantu raya,langsuir dan segala hantu rempit kaki kelepet... .

Pada hari khamis malam jumaat Pak Akob telah bermimpi bahawa beliau sudah hampir dengan tarikh luput hayatnya..dan mimpi itu berulang selama 5hari berturut-turut..ini menimbulkan keresahan dihati beliau..mengikut pertilikan beliau yang berpengalaman dalam bidang ilmu hitam selama 40 tahun itu,mimpi-mimpitersebut akan menjadi kenyataaan... ini sangat menyusahkan hati Pak Akob... .

Pak Akob menyeru Toyolnya keluardanterjadilah dialog antara Pak Akob dan TOYOL..

Pak Akub : Toyol,aku ada sebuah mission possibleuntuk kau...
Toyol: Apa dia bos.
Pak Akub : Nie wasiat aku. Aku nak kau tuliskan jawapan yang
akan ditanya padaku di kain kafan ku pabila aku
meninggal nanti..
Toyol: Okey bos.Beres..

Maka si Toyol nie pun pergi mencari jawapan..segenap pelusuk dunia nyata dan ghaib Toyol pergi,tetapi dukacitanya si Toyol itu tidak mampu untuk mencarinya... .akibat takut akan hukuman yang diberikan pabila gagal melaksanakan tugas, maka Toyol pun mengkelepet Pak Akob.Toyol memberitahu pada Pak Akob bahawa semua jawapan pada soalan kubur telah berjaya dicuri dan akan ditulis pada kain kafan pabila Pak Akob meninggal nanti..

Hari yang dijangkakan telah tiba.Pak Akob menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 1600hrs..setelah selesai dikebumikan,terjadilah sesi soal jawab..Pak Akob tidak takut, kerana dia mempercayai Toyolnya telah melakukan apa yang disuruhnya..

: Dari manakah asal mu... .?

Pak Akob pun membelek kain kafannya mencari jawapan.dan dengan bangga,bongkak,takburnya beliau menjawab,

MADE IN CHINA.

Jawatan kerja kosong .....

TAWARAN KERJA

Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra shj
2. T ida k Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan : RM300
4. Uniform: RM150
5. Percuma kursus mempertahankan diri







JAWATAN:







1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)

Malu

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan
pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.
Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan...
perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak
mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung
bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Anak BABI MALU laa ...

Satu petang sorang ayah dan anaknyer bermain teka teki..bila tiba si anak maka si anak pun menyoal pada si ayah..

Anak: ayah tahu tak kenapa anak babi jalan tunduk..
Ayah: kerana nak babi tu hormat ayah ibu dia kot..
Anak: Salah ayah..
Ayah: Mungkin kerana anak babi tu tak pakai baju kot tu pasal dia malu tu..
Anak: Bukanlah ayah...
Ayah: ok..ok..ayah ngaku tak tahu..
Anak: anak babi tu malu sebab IBU BAPA dia 'BABI'
Ayah: &^%$#2 #:-S

Ahmad gila lagi la ...

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih dan doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab elok saya benarkan Ahmad pulang.. kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor, Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya.. dan dihalakan ke dinding.. (cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu?" tanya Doktor

"Nampak Doktor..." jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa..." jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor...... tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"Mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gerbang.

"Tunggu, tunggu Ahmad!" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.

"Hi hi hi... Doktor ingat saya bodoh ker Doktor..... kalau saya panjat..... saya pegang cahaya tu.... Doktor tutup lampu suluh tu nanti.. tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"Mm.. Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

saki baki gilanya tu ada lagi...

Jalan Sehala ???

Seorang pelancong indon, kurniawan dtg ke KL untuk melihat2 pemandangan indah di kotaraya KL..Ti-tiba dia tersesat jalan. Kebetulan rakannyer, sugiarata ada di KL juga yang sedang bekerja sebagai pemandu kapal korek. Kurniawan lantas menelefon sugirata.

Kurniawan : Hello Sugirata. kamu di mana? gue di sini..Sempoiii..Waduh, gue sudah sesat ni. Gimana sih?
Sugirata : Waduh kurniwan, bijak bangat kamu bikin jenaka. Sekarang lo di mana?
Kurniawan: Gue ngak tahu. Tapi yang pasti gue sedang nongkrong(duduk) di sebatang jalan ni..
Sugirata: Ok baguz. Mungkin bisa gue ketolongan sama lo cari jalan keluar. Bagi tahu gue nama jalannya.
Kurniawan : Ngak pasti tapi ada di sini tertulis "JALAN SEHALA" di mana sih?
Sugirata: Apa-apaan??&%$#@*&

Kisah Ayam ngan Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor.
Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia
ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku,
macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang
pun tak pernah
panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Monyet pun ada nenek tau!!!

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur
sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan
orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak
dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung'
kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)

Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu
kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah
tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu
pokok yang besar lagi rendang.Topi untuk jualan dia...dia letak la
sebelah sambil mengipas-ngipas badannya.

Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba
dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Terbangun la dia..dia
tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia
hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' tu kat
atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang
curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.
Dia ambik galah..jolok- jolok keatas..tak juga dapat topi dia.
Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala
la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia
lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. dia
ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia
pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi
yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik
kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia.
Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun
dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan
la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah
tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah
Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di
bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-
topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah ,
dia pun bangun dari tidur..aikkkk! !! mana pi topi aku semua? Dia pun
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' kat atas pokok
tu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.

Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk
ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia
ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala,
monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat
gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2
ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke
tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia
kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba- tiba
turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu
topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat
telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"

Surat Putus Hubungan Si Timah

Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah


Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

Bunuh Diri

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: #@**_!!*&^_#

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .

Geng Hantu terbaik punya ...

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi! tuan dia. Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Chat/Instant Messenger

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. takder kerja lain asyik nak chat dan IM je, lepaih tu nengok e-mail..... macam sekarang nih..sah-sah tengah baca tips nie.......macamana nak jawab.....korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja yek..hehehe..

Tangkap Gambar guna PC???

Kita boleh tangkap gambar melalui pc?
Cuma guna monitor pc aje? Camne tu?
Tak payah guna kamera? Tak payah pasang webcam?

Kalau tak percaya, masuk sini -->> http://www.monitorcamera.com

Hairan bin Ajaib!

Bahaya Menggunakan DIGI!

Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016
atau 014) tidak selamat digunakan.

Apabila anda guna line Digi dan
rakamkan dalam camera, dan perhatikan
elok-elok... . anda boleh perhatikan
kelibat seekor penunggu bewarna kuning
akan mangekori pengguna tersebut. Jin
atau toyol kuning ini akan ikut anda
ke mana-mana: laut, gunung, hutan,
dalam komuter, malahan dalam kereta
lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori
macam tu? Dah lah botak, pendek,
tembam dan berwarna kuning cerah,
makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk
pergerakan anda! Pada masa yang sama,
mereka akan menari-nari dan menyanyi
lagi "I will follow Him" dari
filem 'Sister Act 1' yang diubahsuai
liriknya.

So, hati-hati dengan pengguna Digi
yang dekat dengan anda, kerana anda
diperhatikan. Gunalah Celcom atau
Maxis, macam saya.

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya
lihat sendiri dengan mata saya kat TV
baru-baru ini. Kenapa, tak percaya?

Surat Berhenti Kerja ^_^

ULIANA BANOUS BT CHE ROSS


NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600


MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG. 19 DEC 2005

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

Tips untuk ...

Tips untuk wanita yang pertama kali melakukannya:

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan grogi.

2. Dia akan mendekati dan menanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, karena dia akan melakukannya dengan gentle..

4. Dia akan memandang mata Anda dalam-dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan kuatir, dia sudah punya banyak pengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rileks, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan menanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada moment ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda.

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Karena bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda yaitu> ...> .....



.













"CABUT GIGI"

Ceita hantu di KLCC

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.

Boleh balik tak boss?

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A’kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A’kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A’kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Sedihnyer... Baca jgn tak baca...

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan.
Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya.
Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya.. aku terpaksa menerima kenyataan yang
dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat
bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia.
Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri,
tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah
memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku
pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi...tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya..
Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata.
Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan...mengapa ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka
tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka
mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya?

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku.
Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam"

"Kenapa dengan kau ni?"...ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku
seraya berkata "eleh...sudah gaharu cendana pula...sudah tahu bertanya pula orang tua nih".
Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga.
Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man,
Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo...umur tu dah berapa....
kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali?
Mangkuk ayun punya anak".

Jawapan artis di Red Karpet

Ni antara artist yang dijangka akan di interview kat red carpet nanti.

Ziana Zain - "Akak menangis kegembiaraan bila tengok TV semasa Siti
Nurhaliza buat press conference yang dia akan berkahwin. Akak begitu
gembira sebab bapak akak polis sama dengan bapak Siti Nurhaliza. Kami
sama sama anak polis. Sebab itu lah akak menangis. Hanya anak polis saja yang faham apa perasaan di sanubari ini".

Datin Tiara Jacquelina - "Saya doakan Siti Nurhaliza berbahagia dengan
soulmate nya. Sebagai perampas suami orang, saya juga faham apa yang
sedang dirasai oleh Siti Nurhaliza. Harap Siti Nurhaliza banyak lah bersabar.
Biar lah orang ingin mengata apa saja, yang penting kita dah jadi Datin".

Datin Norish Karman - "Tahniah Siti Nurhaliza. Kalau album baru saya tak
laku nanti boleh lah kita sama sama buat business yang handle workshop
"cara-cara merampas Datuk dari mak mak Datin".

Sharifah Amani - "I sound stupid when I speak in Malay, so I will make
my speech in English. Congratulations Kak Siti Nurhaliza and Datuk K".

Awie - "Selamat pengantin baru pada Siti Nurhaliza dan Datuk K. Tak nak
ucap pengantin baru kat saya juga ke?"

Erra Fazira - "Erra harap perkahwinan Siti Nurhaliza ni panjang lah hendaknya. Jangan jadi macam Erra... buat majlis bukan main gah lagi...
tapi Yusry yang main tak segagah mana dan akhirnya kami berpisah".

Zubir - "Ini lah wedding of the decade! Bukan setakat wedding of the year
tau!"

Kris Dayanti - "Perkahwinan ini menunjukkan pada semua di Malaysia mahu pun di Indonesia bahawa bomoh yang saya kenalkan kepada Siti Nurhaliza memang bagus bangat. Kepada siapa yang ingin berjumpa bomoh Indonesia itu, saya bisa bawa jumpa dengannya".

Datuk Sharifah Aini - "I don't care! Tapi I datang jugak sebab kita
orang Islam bila dapat jemputan kena lah juga pegi. Tapi I tell you... I'm
just not interested. I don't care!"

Datuk Farid Ridzuan, TV3 - "Syukur setakat ni semua berjalan dengan
lancar. Pihak TV3 begitu berbesar hati kerana dapat membuat siaran secara langsung upacara perkahwinan gilang gemilang ini. Bukan itu saja, pihak TV3 juga dapat hak menyiarkan rancangan ekslusif Tiada Rahsia selama beberapa minggu. Begitu juga penampilan istimewa pasangan mempelai di dalam beberapa slot program TV3 seperti Nona, MHI dan sebagainya. Insyallah, TV3 juga akan terus membuat liputan mengenai pasangan bahagia ini termasuklah berbulan madu dan kami juga akan cuba mendapatkan hak ekslusif penyiaran secara langsung dari wad bersalin semasa Siti Nurhaliza bersalin kelak. Tapi itu bergantung kepada rezeki mereka lah. Menurut pakar, pasangan ini subur dan mampu mendapat cahaya mata. Saya begitu girang sekali TV3 diberi kepercayaan penuh oleh Datuk K dan isterinya Datin Siti Nurhaliza. Ini lah berita yang dinanti nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia juga seluruh rantau Asia Tenggara. Peristiwa ini juga adalah lebih penting dari perang di Lebanon, kerana itu lah pihak TV3 berbesar hati untuk membuat liputan secara besar-besaran. Terima kasih".

Kisah 4 bakal bapa...

Al - Kisahnye......di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven""
Sunday, June 1, 2008

Ali dan Ayahnya ...

TIDAK AKAN DIHUKUM

ALI: Ayah, tadi Ali kena sebat kat sekolah pasal kesalahan yang Ali tak buat.

AYAH: Apa??!! Ali kena sebat atas kesalahan yang Ali tak lakukan ??? Tak boleh jadi ni ...

AYAH: Apa kesalahan yang Ali tak lakukan?

ALI: Ali tak buat kerja sekolah ...

_____________________________________________________________

100% Markah

ALI: Ayah,ayah!!!... Ali dah dapat keputusan ujian !!!

AYAH: Alhamdullilah... Berapa Ali dapat?

ALI: Semuanya 100% !!!

AYAH: Iye ke ni?

ALI: Betul yah ... BM-20%, Matematik-10%, BI-30%, Sains-40%

AYAH: Ehh?? Tadi Ali kata semuanya 100% ...

ALI: Betullah ... Ali kata semua dapat 100% maksudnya jumlah markah semua subjek tu 100%
la,bukannya semua subjek dapat 100% ...

AYAH: @#$%^&*!!!

Kisah 3 pontianak ...

Pada suatu malam, ada 3 pontianak sedang berkumpul sebab nak citer pasal gosip.Ehh,bukan!!diorang berkumpul sebab nak tunjukkan kebolehan masing2.

Pontianak 1 pun tunjukkan kebolehannya.dia terbang ke kampung seberang dan kembali semula dengan muka yg lebam2 dan berdarah2 dalam masa kurang dari 5 minit.Pontianak 1 pun cakap:

P1: Woi, gua boleh terbang ke kampung seberang dan bunuh semua orang kat sana dalam masa kurang dari 5 minit.Lu orang boleh lawan gua ke???

P2:Meh,gua tunjukkan kebolehan gua.

Pontianak 2 pun terbang ke New York dan kembali semula ke tempat tadi dalam masa kurang 4 minit.Pontianak 1&3 kagum.

P2: Tengok,gua boleh terbang ke New York dan bunuh semua orang kat sana dan gua 'berkesempatan' membunuh ... Apa nama dia? George Boot??
P1: Bukanla ... George Bush ...
P2:Ha... Tengok, hebat tak gua ? Gua boleh bunuh makhluk yang paling dikehendaki pada zaman ini ...

Pontianak 3 yang dari tadi mendiamkan diri pun berkata:

P3: Ceh, gua boleh terbang ke Pluto dan letupkan planet tu pastu patah balik sini dalam masa kurang 3 minit ...(dengan confidentnya bercakap)
P2&1: Boleh caya ke ni???
P3:Ok... Biar gua tunjukkan ...

Pontianak 3 pun pergi dan kurang dari 3 minit, dia pun kembali semula ke tempat lepak diorang lepak dalam keadaan lebam2

P1&2: Wah,hebatnya... Camner kau boleh pergi ke sana,letupkan planet tu pastu patah balik sini dalam masa kurang 3 minit???

P3: He,he,(tersengih ) kejap lagi gua citer ... Sebelum tu gua nak tanya lu orang.Lu orang nampak tak tembok besar kat hujung kampung tu???

P1&2:Nampak...Habis tu,apsal???

P3:Lu orang nampak, gua tak nampak ... Tu pasal gua patah balik sini dalam masa kurang3 minit... He,he,he ....